Blog

November 14, 2018

Saya Nak Buat Akikah, Kambing Ke Lembu?

Ramai orang yang bertanya, Ibadah Akikah sepatutnya buat dengan kambing atau lembu? Mana satu yang betul?

Sebelum kita jawab soalan ini, jom kita kaji dulu dalil atau hujah tenatang Ibadah Akikah. Kami akan huraikan satu persatu dan last sekali kita buat conclusion.

Korban Akikah Luar Negara | Indonesia 1439H/2018

Salah satu perlaksanaan korban untuk peserta yang dilaksanan di Indonesia

Hadis dari Siti Aisyah R.A “Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan akikah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – Riwayat At-Tarmizi.

[Daftar 1 Bahagian Korban RM320 Sahaja – Klik Di Sini]

Dalam hadis yang lain pula, daripada Ibnu Abbas ra pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih akikah untuk Hasan & Husain masing-masing dengan seekor kambing” – Riwayat Abu Daud.”

Dua hadis di atas menyatakan tentang sembelihan Ibadah Akikah ke atas kambing yang saya perolehi dari kitab Sabil Al Muhtadin – Korban, Akikah, Perburuan, Sembelihan dan Pemakanan. Akan tetapi tidak dinyatakan pula hadis yang menyatakan tentang sembelihan Ibadah Akikah dengan bahagian lembu.

Akan tetapi saya menjumpai pada kitab Sabil Al Muhtadin pada muka surat 75 ada menyatakan pembahagian akikah dengan seekor kambing atau satu pertujuh unta atau lembu mencukupi untuk bayi lelaki.

Memadai samaada dengan seekor kambing atau berkongsi unta atau lembu. Jadi merujuk kepada penyataan berikut maka dibolehkan untuk melakukan Ibadah Akikah dengan bahagian lembu.

Saya juga ada bertanyakan kepada mentor saya iaitu Ustaz Azhar Bin Dato’ Ab Shukur yang merupakan mentor saya dalam bidang Akikah Korban Luar Negara. Puas saya mencari hadis mengenai Ibadah Akikah dengan bahagian lembu akan tetapi tidak jumpa.

Beliau menyatakan bahawa boleh laksanakan Ibadah Akikah dengan lembu sepertimana Ibadah Korban dilaksanakan dengan bahagian lembu. Dari pandangan Mazhab Syafie sah. Sebab itu di masjid atau surau rumah kita ada buat penyertaan Ibadah Akikah dengan bahagian lembu. Jadi memang sah dan dibolehkan.

Kami di Fitrah Ummah menerima penyertaan untuk pelaksanaan Ibadah Akikah samaadan dengan kambing atau bahagian lembu. Dan untuk makluman semua, pelaksanaan Akikah bersama kami adalah sepanjang tahun. Bukan masa musim Korban atau Raya Haji sahaja.

Jika penyertaan Akikah kambing, jika daftar hari ini dan nak sembelih esok pun boleh kami lakukan kerana kami mempunyai wakil-wakil di setiap negara yang boleh menjalankan Ibadah Akikah buat pihak kita. Kami sediakan gambar sembelihan sebagai bukti buat peserta juga untuk simpanan untuk anak-anak anda.

Kesimpulannya;

  • Akikah samada dengan kambing atau lembu itu sah.
  • ika kewangannya kuat, laksanakan Akikah dengan kambing kerana ada disebut dalam hadis dan Rasulullah SAW sendiri lakukan dam sarankan.
  • Jika kewangan terhad, laksanakan Akikah dengan bahagian lembu. Sah. Paling penting kita tak lepaskan peluang untuk merebut fadhilat yang Allah SWT janjikan.
  • Nisbah bagi akikah anak lelaki untuk kambing adalah dengan 2 ekor kambing. Itu yang terbaik. Jika kewangannya terhad, laksanaakn dengan seekor kambing juga sah. Ada rezeki lebih, tambah seekor lagi kambing untuk top up cukupkan 2 ekor kambing untuk anak lelaki. Jika dengan bahagian lembu, ikut nisbah yang sama iaitu 2 bahagian lembu atau jika kewangan terhad, lakukan dengan 1 bahagian lembu dahulu.
  • Bagi anak perempuan, Akikahnya dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat. Sila sharekan artikel ini untuk manfaat orang lain. Ada juga para ibubapa yang masih keliru tentang perkara ini. Anggaplah dengan sharing kita ini mendapat saham kebaikan di akhirat kelak. Amin! Sekian, terima kasih.

Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *